1,583,858 total views, 155 views today
© 2022 - 2024 Developed By BAN-PDM
Download nowDownload to read offline
Slogan ini menyeru semua warga sekolah untuk memberikan komitmen mereka untuk memupuk alam sekitar yang lestari melalui nilai cintakan alam sekitar untuk menjamin masa depan yang sihat dan sejahtera
Visi Sekolah Lestari SMK Jelutong adalah “SMK Jelutong Menjadi Sekolah Lestari Menjelang 2012”. Visi ini selaras dengan visi sekolah iaitu menjadi sekolah unggul menjelang 2012.
Menunjukkan konsep kesedaran mengekalkan alam persekitaran yang sihat dan hijau untuk keperluan generasi masa depan.
Lingkaran berwarna hijau melambangkan pendekatan bersepadu (holistik) yang akan dilaksanakan oleh pihak sekolah dengan kerjasama pelbagai pihak untuk memastikan SMK Jelutong mencapai visi. Pendekatan yang akan digunakan merangkumi aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan sekolah.
Logo sekolah melambangkan semangat dan iltizam sekolah dalam melaksanakan program sekolah lestari.
Sepal melambangkan kerjasama, sokongan dan dokongan berbagai lapisan masyarakat seperti badan kerajaan, badan bukan kerajaan, pihak swasta dan ibubapa dalam menjayakan progran sekolah lestari.
Tangan melambangkan sokongan dan kerjasama antara semua warga sekolah dalam mendokong program sekolah lestari dan juga menyatakan kesediaan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti sekolah lestari.
Rancang situs seperti ini dengan WordPress.com